Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Saturday, February 28, 2009

Jenama Part 3

Sekali lagi aku nak memberi pendapat tentang jenama. Kalau pendapat aku ini salah, RKC, tolong betulkan ye.. Jenama bukan sahaja membantu kita menambah nilai barangan atau syarikat kita, tetapi jenama juga menjadi salah satu faktor yang mendorong kita megeluarkan barangan atau perkhidmatan yang berkualiti. Maksud saya disini, jika kita sudah ada jenama untuk diri kita atau barangan kita, kita sudah tentunya akan berusaha menjaga jenama kita tersebut, maka untuk tujuan itu kita akan berusaha menjaga kualiti barangan tersebut.

Dalam masa sekarang ini, kalau kita sebut pasal barangan elektrik tentu semua akan akui bahawa barangan Panasonic atau Sony atau Samsung itu yang berkualiti dan tahan lama. Jadinya sudah tentu syarikat-syarikat ini akan bersaing untuk mengeluarkan barangan yang berkualiti. Sekiranya barangan kita tidak ada jenama, sudah tentu harganya akan jadi murah dan kualitinya tidak terjamin. Kita sendiripun akan tidak terdorong untuk menjadikan barangan itu berkualiti tinggi.

Pemilihan jenama juga adalah penting, jenama itu sendiri mestilah berkualiti. Jika jenama itu sendiri tiada kualiti maka barangan/syarikat kita tidak akan laku dan dikenali ramai. Sebagai contoh, ada tak orang akan membeli peti ais berjenama 'peti sejuk haprak' ? Tentunya tiada. Maka jenama itu mesti sama kualitinya dengan sesuatu barangan itu dan sesuatu barangan itu mesti sama kualitinya dengan jenamanya itu.

Secara tak langsung jenama ini juga akan menjadikan kita lebih kreatif di dalam perniagaan kerana kita terdorong untuk berfikir untuk menjaga kualiti barangan kita juga sentiasa terdorong untuk memikirkan sesuatu yang baru.

Sentiasa fikirkan yang baru dan sentiasa berfikir di luar kotak, pasti anda akn berjaya....

Tuesday, February 24, 2009

Perjalanan yang membosankan....

Seperti dipagi hari-hari yang lainnya, pagi tadi aku keluar rumah pada sekitar 6:40 pagi. Mula-mula hantar anak ke sekolah dan kemudian terus ke tempat kerja. Semasa menghatar anak ke sekolah keadaan pagi tadi biasa sahaja cuma sedikit hujan. Tapi.... bila aku memasuki jalan utama hendak ke tempat kerja, alamak... jalannya jem gile... Jalan begitu sesak. Jalan yang satu lorong dah jadi dua lorong malah ada yang dah jadi tiga lorong.... Nafas aku pun dah jadi sesak sesesak jalan raya tersebut.


Tak tahan dengan keadaan jem, aku pun terpaksalah join dia orang belasah jalan kat lorong kecemasan... Mula-mula aje jalan lancar, lepas tu.... terhinggut-hinggut juga. Lebih kurang 10 minit terhinggut-hinggut, aku nampak dua kereta tersadai dibahu jalan sambil pemandu-pemandunya sedang memerhatikan bumper kereta yang di hadapan.... Kemalangan rupanya.. Aku sampai ketempat kerja setengah jam lewat dari biasa... Nasib baik aku selalu keluar awal ke tempat kerja, kalau tidak pasti puch card merah..

Petang tadi aku balik kerja pukul 6:00 petang. Di luar pejabat keadaan sedang hujan. Semangat nak balik rumah punya pasal, aku redah juga ke tempat letak kereta. Mulanya jalan agak lancar, tak lama lepas tu..... alamak.... peristiwa pagi tadi berulang lagi....
Aaaaaaaaarrrgghhhh.....!!! tension...tension.... Bosan... bosan...



Sunday, February 22, 2009

Pening....pening...

Ekonomi dunia semakin lembab.... Rata-rata kedengaran syarikat-syarikat yang gulung tikar dan sehingga kini puluhan ribu di antara kita yang kehilangan pekerjaan. Situasi ini bukan hanya berlaku pada syarikat-syarikat yang kecil sahaja, malah syarikat-syarikat yang bertaraf multinational juga tidak terkecuali...

Aku masih bekerja lagi tetapi dah jemu rasanya bekerja makan gaji, teringin nak bekerja sendiri. Tapi apa boleh buat, nak jalankan perniagaan modal tak ada, pengalaman tak ada. Sebelum ni tempat aku dah dua kali keluarkan 'VSS'. Hati meronta-ronta nak ambil 'VSS' tapi takut pula. Sebelum keluar VSS, tertunggu-tunggu, bila keluar VSS takutlah pulak. Kawan-kawan yang ambil VSS dulu ramai yang tak berjaya. Kesian pulak tengok diaorang tu.

Nasib baik aku dah beranak-pinak, kalau masih bujang, confirm aku dah ambil VSS. Di tempat kerja sekarang ni pekerja yang berkurangan maka kerja makin bertambah, pressure lagilah bertambah. Tapi apa boleh buat, kerja ajelah terus. Sampai pencen..? Sampai syarikat tutup..?Sampai gila..? entahlah....

Pening...pening.....

Thursday, February 19, 2009

Jenama Part 2

Post aku lalu, aku ada bercerita tentang jenama mengikut persepsi aku sendiri dan kali ini aku ingin menambah sedikit lagi tentang jenama ni. Sebelum itu aku ingin minta maaf terlebih dahulu jika apa yang bakal aku ceritakan ini tidak tepat mahupun tidak betul sama sekali...

Pada pendapat aku, kalau kita hendak cepat berjaya di dalam perniagaan, kita boleh terus menceburi perniagaan yang menggunakan jenama yang besar dan telah terkenal iaitu di dalam perniagaan francais. Contohnya KFC, Mc Donald dan sebagainya. Jenama-jenama yang besar seperti ini dapat membantu kita berjaya dalam masa yang singkat sahaja. Jenama-jenama seperti ini menjadi besar dan terkenal kerana outletnya yang banyak dan mereka mempunyai hidangan atau produk yang tersendiri.

Aku terfikir bagaimana pula kalau kita hendak membina jenama kita sendiri dan menjadikannya jenama yang besar sedangkan kita tidak mempunyai dana yang begitu besar untuk menjalankan perniagaan secara francais..? Ini yang aku rasa patut difikirkan oleh orang orang kita yang tidak mempunyai modal yang besar tetapi ingin berjaya dalam perniagaan. Mungkin ide aku di bawah ini dapat diguna pakai.

Di dalam perniagaan runcit misalnya, kita tubuhkan sebuah persatuan yang di anggotai oleh peruncit-peruncit dan beberapa pembekal. Peruncit-peruncit ini menjalankan perniagaan secara individu tetapi menggunakan jenama yang sama, sistem yang sama, warna syarikat yang sama dan logo yang sama. Carilah nama ( jenama ) yang pendek dalam dua atau tiga suku kata sahaja. Kalau kita perhatikan, syarikat-syarikat yang besar dan berjaya hanya menggunakan jenama yang pendek sahaja, seperti Tesco, Giant atau MYdin. Jenama yang pendek ini mudah meletup, mungkin kerana ianya mudah disebut dan diingati.

Peruncit-peruncit ini pula hendaklah membeli barangan dari pembekal-pembekal yang menjadi ahli persatuan sahaja. Pembekal-pembekal ini pula hendaklah berpakat membahagi-bahagikan barangan apa yang akan dibekalkan oleh satu satu pembekal itu. Maksudnya satu pembekal mungkin membekalkan beberapa jenis barangan sahaja dan pembekal yang lain membekalkan barangan yang lain pula. Dengan ini pembekal boleh mengambil barangan terus dari kilang dengan kuantiti yang besar dan sudah tentu akan mendapat harga yang lebih murah. Seterusnya pembekal-pembekal ini dapat membekalkan barangan kepada peruncit ( ahli persatuan ) dengan harga yang murah dan akhirnya peruncit juga dapat menjualnya pada harga yang murah kepada pengguna. Ini juga akan menjadi faktor pengguna-pengguna tertarik untuk berbelanja di kedai kita sekaligus memberi kita keuntung yang lebih tinggi.

Sekiranya ada diantara ahli persatuan menghadapi masalah, perbincangan di dalam persatuan dijalankan bagi membantu ahli yang bermasalah itu. Dengan cara ini semua ahli persatuan dapat kekal lama di dalam perniagaan dan perniagaan kita akan menjadi lebih besar dan berjaya. Dengan ini juga segala manafaat dan keuntungan dapat dirasai oleh semua pihak dari pembekal hinggalah kepada pengguna.....

Akhirnya jenama yang digunakan akan menjadi gah dan ia akan memainkan peranan melakukan barangan kita.....

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.....
Persefahaman bersama membawa kekayaan/kejayaan bersama....

Tuesday, February 17, 2009

Jenama

Seronok juga bercerita tentang 'jenama'. Saya bukanlah pandai sangat tentang 'jenama', tapi saya juga ada pendapat saya sendiri tentang 'jenama'. Pada saya 'jenama' adalah penambah nilai pada sesuatu produk, syarikat, barangan mahupun pada diri kita sendiri. Ianya ibarat bahan perasa di dalam makanan. Dengan adanya jenama, maka sesuatu produk itu akan menjadi lebih berharga atau mahal. Tidak kiralah sebesar manapun atau sekecil manapun syarikat atau produk itu, jenama akan membuatkan ianya bernilai.

Jenama bukan setakat menaikkan nilai sesuatu barangan, malah jenama juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan barangan tersebut laku dipasaran. Jenama juga akan membuatkan kita dapat mengiklankan barangan kita dengan percuma tetapi kita kena pastikan bahawa baragan kita itu berkualiti. Sebagai contohnya, kita menjual nasi ayam dan kita namakan produk kita 'Nasi Ayam Pak Ya'. Sekiranya makanan itu sedap maka pengiklanan dari mulut ke mulut akan berlaku. Orang akan berkata kalau nak makan nasi ayam yang sedap, pergilah cari Nasi Ayam Pak Ya. Itulah iklan percuma namanya.

Jenama juga dapat membuatkan produk kita bertahan dipasaran. Jenama Panasonic misalnya, dapat bertahan puluhan tahun dipasaran dan harganya juga agak mahal. Malah kebanyakan orang membeli kerana jenamanya. Atas sebab inilah, saya rasa semua orang harus memikirkan tentang pentingnya jenama.

Kalau kita lihat sekarang ini, banyak syarikat-syarikat yang melakukan penjenamaan semula bagi syarikat-syarikat mereka. Ini adalah marketing strategy untuk mereka kekal dipasaran mahupun untuk menyelamatkan syarikat yang sakit dari terus tersungkur.

Sekarang ini juga kesedaran tentang pentingnya jenama dah mula menular dalam masyarakat di Malaysia. Kita boleh lihat perniagaan tepi jalan juga sudah ada jenama misalnya Jambu Mak Usu, Goreng Pisang Azmi, Air Jambu 88, Warung Rindu, Mee rebus Lan Janggut dan sebagainya. Ini adalah satu petanda yang baik, semoga perniagaan orang kita bertambah maju.........

Tanpa jenama, siapalah kita....
Tanpa jenama, tiadalah bernilai barangan kita...

Monday, February 16, 2009

Kenapa kita gagal...?

Setiap insan di muka bumi ini inginkan kejayaan dan setiap orang mempunyai ukuran yang berbeza tentang kejayaan. Ada di antara kita meletakkan wang ringgit sebagai satu kejayaan, ada juga yang meletakkan kebahagian berkeluarga itu satu kejayaan dan tak kurang juga yang meletakkan pangkat di dalam kerjaya itu satu kejayaan. Walau apa pun ukuran kejayaan itu, yang pastinya semua orang ingin mengecapinya.

Selalunya usaha untuk mencapai kejayaan itu dimulakan dengan menanam azam di awal tahun, tetapi berapa ramaikah di antara kita yang betul-betul berusaha untuk mencapai azam tersebut? Kebanyakan kita ghairah menanam azam di setiap awal tahun tetapi selepas itu, azam hanya tinggal azam. Kenapakah ini berlaku? Apakah halangan yang manyebabkan kita gagal mencapai azam kita dan seterusnya gagal untuk berjaya? Siapakah musuh kita yang menghalang kita dari berjaya?

Bagi kebanyakan orang termasuk diri saya sendiri, musuh kita adalah diri kita sendiri. Kita sentiasa mempuyai jawaban bagi setiap kegagalan kita ( alasan yang direka ).... Kita membuat azam tetapi kita tidak membuat perancangan.... Kita mahukan kejayaan tetapi kita banyak alasan untuk tidak mahu berjaya. Alasan untuk gagal.... Kita tidak fokus.... Kita tidak mahu berubah.... Kita bersalah tetapi kita menyalahkan orang lain.... Kita menyalahkan nasib....

Inilah realitinya kenapa kita sentiasa mengalami kegagalan....... Kita adalah musuh kita.... Selagi kita tidak mahu berubah, selagi itulah kita tidak akan berjaya.... Selagi kita ada banyak jawaban untuk kegagalan, selagi itulah kita akan gagal....

Buangkanlah segala yang negatif... berhijrahlah kita....
Tidak tertolak Qada' dan Qadar tanpa usaha dan doa....

Saturday, February 14, 2009

Perubahan

Aku merasa hairan......
Manusia sentiasa dalam ketakutan.....
Takut pada perkara yang belum tentu terjadi....
Takut pada perubahan......
Takut untuk merubah diri....

Takut untuk berubah membuatkan kita tetap kekal seperti sedia ada...
10 tahun lepas..... 10 tahun akan datang..... sama....
sepertimana kita semalam... seperti itulah kita hari ini... kekal sepertinya kita hari esok....

Kejayaan... kemajuan.... kesenangan.... menuntutkan perubahan...
Buangkan ungkapan dulu.. kini... dan selamanya.....
Ia hanya akan membelenggu kita dalam keadaan kita sekarang....

Berani berubah.....
Bersedia menghadapi segala kemungkinan.....
Berani untuk berjaya...
Berani untuk maju.....
Berani untuk senang....

Expect the unexpected....
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak berusaha mengubah nasibnya sendiri....

Friday, February 13, 2009

Motivasi diri

Awal Tahun tadi, aku ada berjumpa dengan seorang kawan. Perbualan kami tertumpu pada isu-isu semasa, politik dan akhirnya tertumpu kepada azam dan impian tahun baru 2009. Nampaknya kawan aku tu betul-betul bersemangat untuk mengubah hidup dan nasibnya ditahun 2009 ini.

Membuat persediaan awal sebelum tahun 2009 menjengah, beliau telah berhabis duit membeli buku-buku motivasi dengan harapan azamnya di tahun 2009 ini benar-benar tercapai. Dengan penuh harapan, mentela'ah buku-buku motivasi sehinggakan kerap mengungkap kata-kata hikmat dari buku-buku tersebut di dalam perbualan kami.

Adakah usaha ini mencukupi? Adakah dengan hanya membaca buku-buku motivasi ini kita akan berjaya? Teringat aku semasa menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Dr Azman Ching. Katanya, membaca buku-buku dan menghadiri seminar ini hanya akan memberi 10% motivasi pada diri kita dan sebenarnya 90% motivasi itu ada dalam diri kita sendiri. Soalnya bagaimana hendak kita keluarkan 90% motivasi tersebut dari dalam diri kita...?

Lu fikirlah sendiri.......

'MAYA'

Kebanyakan daripada kita bekerja makan gaji, samada di sektor awam mahupun di sektor swasta. Tidak kira apa pun yang berlaku, cukup bulan pasti akan dapat gaji dan semakin lama kita semakin selesa dengan keadaan begini, walaupun kadangkala gaji yang kita dapat itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian kita - terlalu banyak hutang.

Mereka yang telah terasa sangat selesa dengan keadaan ini boleh kita ibaratkan berada di alam 'MAYA'. 'MAYA' yang saya maksudkan di sini ialah 'Menikmati Apa Yang Ada'. Tidak terlintas di hati mereka untuk mencari apa yang mereka tiada.

Untuk hidup di dalam keadaan ekonomi yang semakin melembab ini, kita haruslah membawa diri kita keluar dari alam 'maya' ini. Sememangnya agak sukar untuk keluar dari alam 'maya' ini - zon selesa.

Apabila malapetaka menimpa dan kita kehilangan pekerjaan, maka apa akan kita lakukan? Terlalu lama di alam 'maya', maka kita akan menjadi teramatlah gelabah. Bagi mereka yang bijak, persediaan awal telah dibuat. Melangkah keluar dari alam 'maya' telah dilakukan terlebih awal. Mencari apa yang tiada sebelum apa yang ada kehabisan. Sediakan payung sebelum hujan...