Post aku lalu, aku ada bercerita tentang jenama mengikut persepsi aku sendiri dan kali ini aku ingin menambah sedikit lagi tentang jenama ni. Sebelum itu aku ingin minta maaf terlebih dahulu jika apa yang bakal aku ceritakan ini tidak tepat mahupun tidak betul sama sekali...
Pada pendapat aku, kalau kita hendak cepat berjaya di dalam perniagaan, kita boleh terus menceburi perniagaan yang menggunakan jenama yang besar dan telah terkenal iaitu di dalam perniagaan francais. Contohnya KFC, Mc Donald dan sebagainya. Jenama-jenama yang besar seperti ini dapat membantu kita berjaya dalam masa yang singkat sahaja. Jenama-jenama seperti ini menjadi besar dan terkenal kerana outletnya yang banyak dan mereka mempunyai hidangan atau produk yang tersendiri.
Aku terfikir bagaimana pula kalau kita hendak membina jenama kita sendiri dan menjadikannya jenama yang besar sedangkan kita tidak mempunyai dana yang begitu besar untuk menjalankan perniagaan secara francais..? Ini yang aku rasa patut difikirkan oleh orang orang kita yang tidak mempunyai modal yang besar tetapi ingin berjaya dalam perniagaan. Mungkin ide aku di bawah ini dapat diguna pakai.
Di dalam perniagaan runcit misalnya, kita tubuhkan sebuah persatuan yang di anggotai oleh peruncit-peruncit dan beberapa pembekal. Peruncit-peruncit ini menjalankan perniagaan secara individu tetapi menggunakan jenama yang sama, sistem yang sama, warna syarikat yang sama dan logo yang sama. Carilah nama ( jenama ) yang pendek dalam dua atau tiga suku kata sahaja. Kalau kita perhatikan, syarikat-syarikat yang besar dan berjaya hanya menggunakan jenama yang pendek sahaja, seperti Tesco, Giant atau MYdin. Jenama yang pendek ini mudah meletup, mungkin kerana ianya mudah disebut dan diingati.
Peruncit-peruncit ini pula hendaklah membeli barangan dari pembekal-pembekal yang menjadi ahli persatuan sahaja. Pembekal-pembekal ini pula hendaklah berpakat membahagi-bahagikan barangan apa yang akan dibekalkan oleh satu satu pembekal itu. Maksudnya satu pembekal mungkin membekalkan beberapa jenis barangan sahaja dan pembekal yang lain membekalkan barangan yang lain pula. Dengan ini pembekal boleh mengambil barangan terus dari kilang dengan kuantiti yang besar dan sudah tentu akan mendapat harga yang lebih murah. Seterusnya pembekal-pembekal ini dapat membekalkan barangan kepada peruncit ( ahli persatuan ) dengan harga yang murah dan akhirnya peruncit juga dapat menjualnya pada harga yang murah kepada pengguna. Ini juga akan menjadi faktor pengguna-pengguna tertarik untuk berbelanja di kedai kita sekaligus memberi kita keuntung yang lebih tinggi.
Sekiranya ada diantara ahli persatuan menghadapi masalah, perbincangan di dalam persatuan dijalankan bagi membantu ahli yang bermasalah itu. Dengan cara ini semua ahli persatuan dapat kekal lama di dalam perniagaan dan perniagaan kita akan menjadi lebih besar dan berjaya. Dengan ini juga segala manafaat dan keuntungan dapat dirasai oleh semua pihak dari pembekal hinggalah kepada pengguna.....
Akhirnya jenama yang digunakan akan menjadi gah dan ia akan memainkan peranan melakukan barangan kita.....
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.....
Persefahaman bersama membawa kekayaan/kejayaan bersama....
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
3 hours ago
satu idea yang sangat menarik tapi masalahnya ialah 'mengumpulkan semua di bawah satu bumbung dan bergerak sebagai 1 jenama".
ReplyDeletesebab itu kita perlu bermula dari bawah untuk mengubah sikap dan kesedaran 'to work as a team'
RKC, memang tak dinafikan perkara itu susah untuk direalisasikan dan mungkin hampir mustahil pun tapi kita kena berfikir di 'luar kotak' untuk berjaya...
ReplyDelete