Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Tuesday, February 24, 2009

Perjalanan yang membosankan....

Seperti dipagi hari-hari yang lainnya, pagi tadi aku keluar rumah pada sekitar 6:40 pagi. Mula-mula hantar anak ke sekolah dan kemudian terus ke tempat kerja. Semasa menghatar anak ke sekolah keadaan pagi tadi biasa sahaja cuma sedikit hujan. Tapi.... bila aku memasuki jalan utama hendak ke tempat kerja, alamak... jalannya jem gile... Jalan begitu sesak. Jalan yang satu lorong dah jadi dua lorong malah ada yang dah jadi tiga lorong.... Nafas aku pun dah jadi sesak sesesak jalan raya tersebut.


Tak tahan dengan keadaan jem, aku pun terpaksalah join dia orang belasah jalan kat lorong kecemasan... Mula-mula aje jalan lancar, lepas tu.... terhinggut-hinggut juga. Lebih kurang 10 minit terhinggut-hinggut, aku nampak dua kereta tersadai dibahu jalan sambil pemandu-pemandunya sedang memerhatikan bumper kereta yang di hadapan.... Kemalangan rupanya.. Aku sampai ketempat kerja setengah jam lewat dari biasa... Nasib baik aku selalu keluar awal ke tempat kerja, kalau tidak pasti puch card merah..

Petang tadi aku balik kerja pukul 6:00 petang. Di luar pejabat keadaan sedang hujan. Semangat nak balik rumah punya pasal, aku redah juga ke tempat letak kereta. Mulanya jalan agak lancar, tak lama lepas tu..... alamak.... peristiwa pagi tadi berulang lagi....
Aaaaaaaaarrrgghhhh.....!!! tension...tension.... Bosan... bosan...



2 comments:

  1. salam persinggahan,
    memang boleh hilang mood kalau pagi-pagi pergi kerja sangkut kat jalanraya. Kalau dah terpaksa, nak buat macamana...

    ReplyDelete
  2. Salam DrSam.....
    Terima kasih kerana sudi singgah....
    Keadaan begini berlaku bila hari hujan sahaja.... Nasib baik tak hujan hari-hari...

    ReplyDelete