Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Showing posts with label Tension. Show all posts
Showing posts with label Tension. Show all posts

Friday, March 27, 2009

Sakit hati....

Dua minggu aku gagal nak log in ke blog aku sendiri, tak boleh nak hantar komen kat blog kengkawan, tak boleh nak hantar e-mail tapi browse internet boleh.....

Lima kali aku call syarikat broadband... Kali pertama call, dia suruh aku uninstall dan install semula aku punya modem... Tak berkesan.... Aku call dia orang semula, disuruhnya aku shutdown dan start up balik aku punya komputer.... dah hari hari aku buat.... angin betul aku. Kemudian dia suruh aku pasangkan usim kad pada hand phone, check samada ada line ke tidak.... Tak berkesan juga... Aku call buat kali ketiga. Setiap kali call, orang lain yang angkat, terpaksa cerita semula dari A to Z.....

Bengang betul... masuk kali kelima aku call, baru dia bagitahu memang system diaorang ada masalah.... Ceh... Baru hari ni aku boleh log in....

Tuesday, February 24, 2009

Perjalanan yang membosankan....

Seperti dipagi hari-hari yang lainnya, pagi tadi aku keluar rumah pada sekitar 6:40 pagi. Mula-mula hantar anak ke sekolah dan kemudian terus ke tempat kerja. Semasa menghatar anak ke sekolah keadaan pagi tadi biasa sahaja cuma sedikit hujan. Tapi.... bila aku memasuki jalan utama hendak ke tempat kerja, alamak... jalannya jem gile... Jalan begitu sesak. Jalan yang satu lorong dah jadi dua lorong malah ada yang dah jadi tiga lorong.... Nafas aku pun dah jadi sesak sesesak jalan raya tersebut.


Tak tahan dengan keadaan jem, aku pun terpaksalah join dia orang belasah jalan kat lorong kecemasan... Mula-mula aje jalan lancar, lepas tu.... terhinggut-hinggut juga. Lebih kurang 10 minit terhinggut-hinggut, aku nampak dua kereta tersadai dibahu jalan sambil pemandu-pemandunya sedang memerhatikan bumper kereta yang di hadapan.... Kemalangan rupanya.. Aku sampai ketempat kerja setengah jam lewat dari biasa... Nasib baik aku selalu keluar awal ke tempat kerja, kalau tidak pasti puch card merah..

Petang tadi aku balik kerja pukul 6:00 petang. Di luar pejabat keadaan sedang hujan. Semangat nak balik rumah punya pasal, aku redah juga ke tempat letak kereta. Mulanya jalan agak lancar, tak lama lepas tu..... alamak.... peristiwa pagi tadi berulang lagi....
Aaaaaaaaarrrgghhhh.....!!! tension...tension.... Bosan... bosan...



Sunday, February 22, 2009

Pening....pening...

Ekonomi dunia semakin lembab.... Rata-rata kedengaran syarikat-syarikat yang gulung tikar dan sehingga kini puluhan ribu di antara kita yang kehilangan pekerjaan. Situasi ini bukan hanya berlaku pada syarikat-syarikat yang kecil sahaja, malah syarikat-syarikat yang bertaraf multinational juga tidak terkecuali...

Aku masih bekerja lagi tetapi dah jemu rasanya bekerja makan gaji, teringin nak bekerja sendiri. Tapi apa boleh buat, nak jalankan perniagaan modal tak ada, pengalaman tak ada. Sebelum ni tempat aku dah dua kali keluarkan 'VSS'. Hati meronta-ronta nak ambil 'VSS' tapi takut pula. Sebelum keluar VSS, tertunggu-tunggu, bila keluar VSS takutlah pulak. Kawan-kawan yang ambil VSS dulu ramai yang tak berjaya. Kesian pulak tengok diaorang tu.

Nasib baik aku dah beranak-pinak, kalau masih bujang, confirm aku dah ambil VSS. Di tempat kerja sekarang ni pekerja yang berkurangan maka kerja makin bertambah, pressure lagilah bertambah. Tapi apa boleh buat, kerja ajelah terus. Sampai pencen..? Sampai syarikat tutup..?Sampai gila..? entahlah....

Pening...pening.....