Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Saturday, February 28, 2009

Jenama Part 3

Sekali lagi aku nak memberi pendapat tentang jenama. Kalau pendapat aku ini salah, RKC, tolong betulkan ye.. Jenama bukan sahaja membantu kita menambah nilai barangan atau syarikat kita, tetapi jenama juga menjadi salah satu faktor yang mendorong kita megeluarkan barangan atau perkhidmatan yang berkualiti. Maksud saya disini, jika kita sudah ada jenama untuk diri kita atau barangan kita, kita sudah tentunya akan berusaha menjaga jenama kita tersebut, maka untuk tujuan itu kita akan berusaha menjaga kualiti barangan tersebut.

Dalam masa sekarang ini, kalau kita sebut pasal barangan elektrik tentu semua akan akui bahawa barangan Panasonic atau Sony atau Samsung itu yang berkualiti dan tahan lama. Jadinya sudah tentu syarikat-syarikat ini akan bersaing untuk mengeluarkan barangan yang berkualiti. Sekiranya barangan kita tidak ada jenama, sudah tentu harganya akan jadi murah dan kualitinya tidak terjamin. Kita sendiripun akan tidak terdorong untuk menjadikan barangan itu berkualiti tinggi.

Pemilihan jenama juga adalah penting, jenama itu sendiri mestilah berkualiti. Jika jenama itu sendiri tiada kualiti maka barangan/syarikat kita tidak akan laku dan dikenali ramai. Sebagai contoh, ada tak orang akan membeli peti ais berjenama 'peti sejuk haprak' ? Tentunya tiada. Maka jenama itu mesti sama kualitinya dengan sesuatu barangan itu dan sesuatu barangan itu mesti sama kualitinya dengan jenamanya itu.

Secara tak langsung jenama ini juga akan menjadikan kita lebih kreatif di dalam perniagaan kerana kita terdorong untuk berfikir untuk menjaga kualiti barangan kita juga sentiasa terdorong untuk memikirkan sesuatu yang baru.

Sentiasa fikirkan yang baru dan sentiasa berfikir di luar kotak, pasti anda akn berjaya....

4 comments:

  1. salam,
    memulakan jenama baru memang akan berhadapan dengan banyak saingan dari 'old and big boys'. Kekadang penjenamaan semula perlu. Namun ada juga nama yang sudah establish jika dilakukan penjenamaan semula, terus tenggelam. salah strategi.

    ReplyDelete
  2. W/salam..DrSam,
    Saya setuju dengan pendapat DrSam...
    Tapi bagi saya, kalau kita hendak bersaing maka jenama itu penting...dan strategi mesti betullah....

    ReplyDelete
  3. Saudara Teguh Perkasa,

    Nampaknya saudara mempunyai pemahaman yang bagus tentang Jenama. Semuga ramai lagi yang akan mempunyai minda seperti saudara ...

    ReplyDelete
  4. Salam..RKC..,
    Terima kasih atas komen anda....
    Semoga pendapat saya yang tak seberapa ini dapat memberi manafaat yang besar kepada semua...

    ReplyDelete