Seronok juga bercerita tentang 'jenama'. Saya bukanlah pandai sangat tentang 'jenama', tapi saya juga ada pendapat saya sendiri tentang 'jenama'. Pada saya 'jenama' adalah penambah nilai pada sesuatu produk, syarikat, barangan mahupun pada diri kita sendiri. Ianya ibarat bahan perasa di dalam makanan. Dengan adanya jenama, maka sesuatu produk itu akan menjadi lebih berharga atau mahal. Tidak kiralah sebesar manapun atau sekecil manapun syarikat atau produk itu, jenama akan membuatkan ianya bernilai.
Jenama bukan setakat menaikkan nilai sesuatu barangan, malah jenama juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan barangan tersebut laku dipasaran. Jenama juga akan membuatkan kita dapat mengiklankan barangan kita dengan percuma tetapi kita kena pastikan bahawa baragan kita itu berkualiti. Sebagai contohnya, kita menjual nasi ayam dan kita namakan produk kita 'Nasi Ayam Pak Ya'. Sekiranya makanan itu sedap maka pengiklanan dari mulut ke mulut akan berlaku. Orang akan berkata kalau nak makan nasi ayam yang sedap, pergilah cari Nasi Ayam Pak Ya. Itulah iklan percuma namanya.
Jenama juga dapat membuatkan produk kita bertahan dipasaran. Jenama Panasonic misalnya, dapat bertahan puluhan tahun dipasaran dan harganya juga agak mahal. Malah kebanyakan orang membeli kerana jenamanya. Atas sebab inilah, saya rasa semua orang harus memikirkan tentang pentingnya jenama.
Kalau kita lihat sekarang ini, banyak syarikat-syarikat yang melakukan penjenamaan semula bagi syarikat-syarikat mereka. Ini adalah marketing strategy untuk mereka kekal dipasaran mahupun untuk menyelamatkan syarikat yang sakit dari terus tersungkur.
Sekarang ini juga kesedaran tentang pentingnya jenama dah mula menular dalam masyarakat di Malaysia. Kita boleh lihat perniagaan tepi jalan juga sudah ada jenama misalnya Jambu Mak Usu, Goreng Pisang Azmi, Air Jambu 88, Warung Rindu, Mee rebus Lan Janggut dan sebagainya. Ini adalah satu petanda yang baik, semoga perniagaan orang kita bertambah maju.........
Tanpa jenama, siapalah kita....
Tanpa jenama, tiadalah bernilai barangan kita...
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
2 hours ago
Assaamualaikum,
ReplyDeleteSatu pemahaman yang bagus tentang jenama. Semuga ramai lagi akan faham kepentingan Jenama dalam kehidupan seharian kita.
Terima kasih diatas komen anda... Saya memang minat bidang perniagaan dan jenama....
ReplyDeleteSemuga sama sama dapat menyumbang sesuatu kepada seseorang.....