Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Monday, April 6, 2009

Jenama Part 4

Siang tadi seorang kawan meminta pendapat aku tentang nama yang dia hendak gunakan bagi produk atau syarikat barunya. Aku taklah pandai dalam bidang ini tapi pada pendapat aku nama barangan, mahupun nama sesebuah syarikat itu mestilah sesuai dengan jenis barangan yang dihasilkan. Nama sedikit sebanyak memberi impak pada kelarisan sesuatu barangan tersebut dan kesilapan memberi nama, adakala membuatkan barangan atau syarikat itu tidak dikenali ramai maka kelarisannya terbatas.

Oleh yang demikian kita mesti memikirkan dengan teliti tentang nama yang hendak kita gunakan bagi barangan yang kita hasilkan ataupun nama untuk syarikat kita itu. Misalnya, syarikat kita menghasilkan barangan elektrik tetapi kita memberi nama 'Jambu Batu SDN BHD' bagi syarikat kita tersebut, maka ini adalah tidak bersesuaian.

Kita perlu bijak didalam pemilihan nama bagi barangan atau syarikat kita. Pilihlah nama yang sedikit sebanyak menggambarkan barangan yang dihasilkan. Pilihlah nama yang unik tetapi mudah diingati supaya ia menjadi penarik untuk orang ramai membelinya. Kadang kala barangan yang sama tetapi berlainan jenama membuatkan salah satunya tidak dikenali ramai.

Pandai pandailah memilih nama semoga nama itu dapat memberi tambahan nilai pada barangan tersebut dan akhirnya laku dipasaran....

4 comments:

  1. Betul...betul...betul...jenama yg sesuai, boleh membuat orang ramai terpikat untuk melihat & membelinya.

    ReplyDelete
  2. sama seperti manusia, barang pun mesti ada jenama yang unik supaya lekat dihati pelanggan.

    ReplyDelete
  3. Hati Kristal,
    Terima kasih bersetuju dgn saya.

    Cik Angah,
    Terima kasih, award yang menarik.

    DrSam,
    Saya amat bersetuju dgn pendapat saudara..
    Terima kasih kerana sudi komen...

    ReplyDelete