Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Monday, April 20, 2009

Kuku & Cincin....

Sekarang ni ramai orang suka pakai cincin... tapi ikut suka dia aje.... sunnah nabi jarang nak ikut...

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang kuku jari yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi... Kalau kesemua jejari kita menyimpankuku yang panjang...bayangkanlah apa yang kita akan tanggung....

Janganlah ada niat nak simpan kuku panjang. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang walau atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian. Ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak..

Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh, degil atau suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari ibu bapanya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung dan sebagainya. Apa ilmu yang diajar pun tak akan boleh masuk...

Kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, ianya tak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Ini tak termasuk korek hidung, telinga dan yang sewaktu dengannya...

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah anakanda baginda, kalau memakai cincin, pakailah di jari manis atau jari kelingking dan jangan memakai cincin dijari tengah atau telunjuk. Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah untuk membezakan dengan cara berhias kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth yang dilaknat oleh Allah.....

7 comments:

  1. salam..
    teguh perkasa..
    thanxx sbb folow..

    *sy pon pakai cincin kat jari manis..tp cincin tu nenek yang bagi..nampak macam cincin perempuan tp xlah terlalu sangat..boleh ker?..

    ReplyDelete
  2. tiap² jumaat aku potong kuku... cincin kawin aku pakai gak :)

    ReplyDelete
  3. Bila pakai cincin dijari manis, nampak pun manis.

    ReplyDelete
  4. Pal7,
    Sama sama dan terima kasih sudi singgah.
    Cincin emas dilarang untuk lelaki...

    Ady Syam,
    Eloklah potong kuku hari Jumaat...

    DrSam,
    Betul tu, saya setuju...

    ReplyDelete
  5. alamak.. kite ada 4 cincin ni, cincin risik, tunang, kawen dan ulang thn pkahwinan.. tp jari manis ada 2jer.. camne tu En Teguh Perkasa??

    ReplyDelete
  6. Mr. and Mrs. Mizan,
    Bertukar tukar pakailah.... Tak pun dua lagi bagi pada saya... hahaha...

    ReplyDelete
  7. http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Terimakasih atas respon baik dari blog anda..... kami amat teruja dengan sokongan anda....

    Salam dari kami sebuah ikatan persahabatan
    Salam dari kami…

    ReplyDelete