Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Monday, April 13, 2009

Memancing...

Ramai kawan-kawan aku gila memancing... Aku pun tak faham apa yang best sangat memancing ni... Boring dan buang masa aje... Berjam-jam memancing, kadang-kadang satu benda pun tak dapat...


Adik ipar aku dengan sepupunya pun gila memancing. Boleh dikatakan tiap minggu sepupu tu datang rumah ajak adik ipar aku memancing.. Kalau dapat ikan, aku yang untung, Tak payah nak ke pasar beli lauk....


Inilah tangkap yang terbesar yang dia orang dapat tangkap... Dah besar sangat tak lalu pulak aku nak makan...


Dia orang ni, minat punya pasal, pergi memancing tengah malan sampai ke subuh baru balik.. tak tidur pun tak pe... Pada aku pula, baik aku membuta aje...

Monday, April 6, 2009

Jenama Part 4

Siang tadi seorang kawan meminta pendapat aku tentang nama yang dia hendak gunakan bagi produk atau syarikat barunya. Aku taklah pandai dalam bidang ini tapi pada pendapat aku nama barangan, mahupun nama sesebuah syarikat itu mestilah sesuai dengan jenis barangan yang dihasilkan. Nama sedikit sebanyak memberi impak pada kelarisan sesuatu barangan tersebut dan kesilapan memberi nama, adakala membuatkan barangan atau syarikat itu tidak dikenali ramai maka kelarisannya terbatas.

Oleh yang demikian kita mesti memikirkan dengan teliti tentang nama yang hendak kita gunakan bagi barangan yang kita hasilkan ataupun nama untuk syarikat kita itu. Misalnya, syarikat kita menghasilkan barangan elektrik tetapi kita memberi nama 'Jambu Batu SDN BHD' bagi syarikat kita tersebut, maka ini adalah tidak bersesuaian.

Kita perlu bijak didalam pemilihan nama bagi barangan atau syarikat kita. Pilihlah nama yang sedikit sebanyak menggambarkan barangan yang dihasilkan. Pilihlah nama yang unik tetapi mudah diingati supaya ia menjadi penarik untuk orang ramai membelinya. Kadang kala barangan yang sama tetapi berlainan jenama membuatkan salah satunya tidak dikenali ramai.

Pandai pandailah memilih nama semoga nama itu dapat memberi tambahan nilai pada barangan tersebut dan akhirnya laku dipasaran....

Wednesday, April 1, 2009

Kena Tag Lagi....

1.Bekas kekasih saya adalah :

Seorang perempuan

2.Saya sedang mendengar : 
Lagu truly - lionel richie

3.Mungkin saya patut : 
 Ambil cuti panjang rehatkan minda

4.Saya suka : 
 Hari Sabtu & Ahad

5.Sahabat-sahabat baik saya :

Semuanya baik baik belaka 



6.Saya tak paham : 
 Tengok perangai boss aku

7.Saya kehilangan : 
Duit 10 sen

8.Ramai yang berkata : 

Aku nampak garang

9.Makna nama saya :

Tak ada makna..

10.Cinta itu adalah:
Virus buat orang tersengih sorang2 / angau


11.Di suatu tempat, seseorang sedang : 

Membaca tag ini

12.Saya akan cuba : 
Buat tag yang paling panjang

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud : 
Tetap 

14.Telefon bimbit saya : 
N70 aje

15.Bila saya terjaga dari tidur : 

Tidur semula


16.Saya paling meluat apabila : 

Tengok orang tengah bodek boss

17.Pesta/Parti adalah : 
Bergumbira

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : 

Anak kucing

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 

zaman kanak2 dan remaja

20.Hari ini : 
Ambil half day leave

21.Malam ini saya akan : 
Duduk depan komputer

22.Esok pula saya akan :

cadang nak ambil half day leave lagi...



23.Saya betul2 inginkan : 
Kebahagian sepanjang hayat

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : 
Dah tua rupanya aku ni..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan : 
 pusat membeli belah 

26.Makanan Barat atau Jepun : 
 semua ok asalkan halal.. 

27.Bilik yang terang atau gelap : 
Terang ok gelap pun ok

28.Makanan segera adalah : 
Racun

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

Assalamualaikum 



30.Siapa yang anda nak Tag?
Cik eMi mli

Cuti cuti Melaka

Awal bulan hari tu aku bawa family aku ke Melaka. Anak aku kena buat assignment sekolah tentang tempat tempat bersejarah, So aku bawaklah dia orang pergi ke kota Afamosa untuk buat research. Kami pun dah lama tak berjalan ke Melaka, sampai kat bandar Melaka jalan punyalah jem, mengalahankan bandar KL ni lah pulak....

Sebenarnya anak anak aku tak pernah pergi ke Afamosa, seronok betul dia orang dapat pergi ke sana..

  Kat sana aku bawa anak anak naik beca dan ini juga merupakan pengalaman pertama mereka.      Seronok betul dia orang dapat naik kapal kapal yang tak bergerak tu...

Masa kat Afamosa tu, adalah beberapa orang menjual key chain. 1 set ( 6 biji ) harganya RM10.00, berebutlah anak anak aku membelinya buat cenderamata untuk kawan kawan diorang.... Bila kami berjalan jalan kat bazaar tak jauh dari Afamosa tu, kami jumpa banyak ada jual key chain yang sama dengan harga yang lebih murah...

Rugi..rugi... kata anak aku....

Friday, March 27, 2009

Sakit hati....

Dua minggu aku gagal nak log in ke blog aku sendiri, tak boleh nak hantar komen kat blog kengkawan, tak boleh nak hantar e-mail tapi browse internet boleh.....

Lima kali aku call syarikat broadband... Kali pertama call, dia suruh aku uninstall dan install semula aku punya modem... Tak berkesan.... Aku call dia orang semula, disuruhnya aku shutdown dan start up balik aku punya komputer.... dah hari hari aku buat.... angin betul aku. Kemudian dia suruh aku pasangkan usim kad pada hand phone, check samada ada line ke tidak.... Tak berkesan juga... Aku call buat kali ketiga. Setiap kali call, orang lain yang angkat, terpaksa cerita semula dari A to Z.....

Bengang betul... masuk kali kelima aku call, baru dia bagitahu memang system diaorang ada masalah.... Ceh... Baru hari ni aku boleh log in....

TAG dari emi

Tagged by; CIK Emi

Sorrylah Emi lambat aku buat tag dari kamu ni... Dah dua minggu aku gagal untuk log in ke dalam blog aku ni... entah apa masalah dengan aku punya broadband ni.....

Bold the statements that are true to you. Italicize the statements that you wish were true. Leave the fibs alone. Then, tag 6 people to do the same test.


I’m 170cm tall.
I don’t know what I want at the moment.
I’m not happy.
I hate my friends.
I hate my life.
I hate my grades.
I can drive.
I’m bored of driving.
I have a white handbag.
I love dancing.
I go clubbing every week.
Shopping is bullshit.
I have a tattoo of a star.
I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
90% of my friends smoke.
Okay, maybe less than 90.
I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
I’m studying Fashion.
I have a business running.
I hate cartoons.
I hate someone.
I have 10 Lollipops handbags.

I buy CLEO every month.

My parents don’t know about my blog.

I have an iPod.

I don’t have faith in the current “one”.

My school mates know about my blog.
I wanted to be a fashion designer.
I love rock emo bands sometimes yes
I hate it when people cancel last minute meet ups.

I’m a rebel.

I don’t believe in love.

High school's filled with drama.
My parents have faith in me.
I’ve bought shoes this month.
A blogger bitched about me before
I hate sports.
I heart Italian food.
I hate meeting new people.
I hate nail polish.
The mother bear gives me hugs.
People should start appreciating me.
High school was the worst time of my life.
I have red hair.
One Utama is my second home.
I’m a guy.
I’m scared of my Biology exam which I’m going to face tomorrow.
I hate vacations.
We’ll last :)
I believe in long distance relationships.
I’m going to get high and smoke weed one day soon.
I’ve robbed an old lady.
I’m starting to like applying make-up.
I was a tomboy.
At times I think I still am a tomboy.
I love bitching about people behind their backs.
I still have a best friend.
I have a cat.
I hate surprise parties.
I hate planning parties.

I’m hot. no, it's cool
I’m a sinner.
I’ve got a DS light.
I have a Wii.
I can live without music.
Video games are a waste of time.
I miss the father bear.
I love being in love.
I know how to cook.
I have 100% freedom.
Boys are assholes.
I hate Math.
I’m happy with what I have.
I love horror films.
I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me.
I don’t read newspapers. 

The news is such a waste of time.
Blogging is a waste of time.
I hate animals.
I can’t live without make-up.
I curse like a pirate.
I’m happy with my 11 year old car.
I hate people that are smart.
I love Orange juice. 
I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
I’ve got a new phone.
I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month. 
I love swimming.
I haven’t worked out since March.
I think I'm fat.

I love my friends and family.

Aku TAG sesiapa saja yang melawat ke sini....

*sila copy TAG di sini :D

Thursday, March 12, 2009

Pergi zoo...

Hari Sabtu yang lepas, aku bawa isteri dan anak-anak pergi zoo negara. Dah lama benar kami tak pergi ke zoo. Memandangkan dah bertahun tak pergi ke zoo, ingatkan banyaklah perubahan tapi rupanya tak banyak yang berubah, yang banyak berubah cuma pada harga tiketnya aje.

Harga tiket masuknya RM 15.00 bagi dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Huh... habis RM 57.00 untuk tiket masuk... Nasib baik anak yang kecil 2 orang tak kena bayar....

Dahlah tiket masuk agak mahal, Kat dalam pulak semuanya kena bayar. Nak naik train kena bayar, nak bergambar dengan ular kena bayar dan nak bagi binatang makan pun kena bayar... Kopak jugalah poket berjalan kat zoo ni.



Dengan makan dan minum kat dalam tu, habis juga dekat RM 200.00. Tak apalah, sekali sekala bawa anak berjalan tengok koleksi haiwan negara kita ini....

Agaknya berapa pulak harga tiket masuk 5 tahun akan datang......?