Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Friday, March 27, 2009

Sakit hati....

Dua minggu aku gagal nak log in ke blog aku sendiri, tak boleh nak hantar komen kat blog kengkawan, tak boleh nak hantar e-mail tapi browse internet boleh.....

Lima kali aku call syarikat broadband... Kali pertama call, dia suruh aku uninstall dan install semula aku punya modem... Tak berkesan.... Aku call dia orang semula, disuruhnya aku shutdown dan start up balik aku punya komputer.... dah hari hari aku buat.... angin betul aku. Kemudian dia suruh aku pasangkan usim kad pada hand phone, check samada ada line ke tidak.... Tak berkesan juga... Aku call buat kali ketiga. Setiap kali call, orang lain yang angkat, terpaksa cerita semula dari A to Z.....

Bengang betul... masuk kali kelima aku call, baru dia bagitahu memang system diaorang ada masalah.... Ceh... Baru hari ni aku boleh log in....

TAG dari emi

Tagged by; CIK Emi

Sorrylah Emi lambat aku buat tag dari kamu ni... Dah dua minggu aku gagal untuk log in ke dalam blog aku ni... entah apa masalah dengan aku punya broadband ni.....

Bold the statements that are true to you. Italicize the statements that you wish were true. Leave the fibs alone. Then, tag 6 people to do the same test.


I’m 170cm tall.
I don’t know what I want at the moment.
I’m not happy.
I hate my friends.
I hate my life.
I hate my grades.
I can drive.
I’m bored of driving.
I have a white handbag.
I love dancing.
I go clubbing every week.
Shopping is bullshit.
I have a tattoo of a star.
I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
90% of my friends smoke.
Okay, maybe less than 90.
I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
I’m studying Fashion.
I have a business running.
I hate cartoons.
I hate someone.
I have 10 Lollipops handbags.

I buy CLEO every month.

My parents don’t know about my blog.

I have an iPod.

I don’t have faith in the current “one”.

My school mates know about my blog.
I wanted to be a fashion designer.
I love rock emo bands sometimes yes
I hate it when people cancel last minute meet ups.

I’m a rebel.

I don’t believe in love.

High school's filled with drama.
My parents have faith in me.
I’ve bought shoes this month.
A blogger bitched about me before
I hate sports.
I heart Italian food.
I hate meeting new people.
I hate nail polish.
The mother bear gives me hugs.
People should start appreciating me.
High school was the worst time of my life.
I have red hair.
One Utama is my second home.
I’m a guy.
I’m scared of my Biology exam which I’m going to face tomorrow.
I hate vacations.
We’ll last :)
I believe in long distance relationships.
I’m going to get high and smoke weed one day soon.
I’ve robbed an old lady.
I’m starting to like applying make-up.
I was a tomboy.
At times I think I still am a tomboy.
I love bitching about people behind their backs.
I still have a best friend.
I have a cat.
I hate surprise parties.
I hate planning parties.

I’m hot. no, it's cool
I’m a sinner.
I’ve got a DS light.
I have a Wii.
I can live without music.
Video games are a waste of time.
I miss the father bear.
I love being in love.
I know how to cook.
I have 100% freedom.
Boys are assholes.
I hate Math.
I’m happy with what I have.
I love horror films.
I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me.
I don’t read newspapers. 

The news is such a waste of time.
Blogging is a waste of time.
I hate animals.
I can’t live without make-up.
I curse like a pirate.
I’m happy with my 11 year old car.
I hate people that are smart.
I love Orange juice. 
I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
I’ve got a new phone.
I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month. 
I love swimming.
I haven’t worked out since March.
I think I'm fat.

I love my friends and family.

Aku TAG sesiapa saja yang melawat ke sini....

*sila copy TAG di sini :D

Thursday, March 12, 2009

Pergi zoo...

Hari Sabtu yang lepas, aku bawa isteri dan anak-anak pergi zoo negara. Dah lama benar kami tak pergi ke zoo. Memandangkan dah bertahun tak pergi ke zoo, ingatkan banyaklah perubahan tapi rupanya tak banyak yang berubah, yang banyak berubah cuma pada harga tiketnya aje.

Harga tiket masuknya RM 15.00 bagi dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Huh... habis RM 57.00 untuk tiket masuk... Nasib baik anak yang kecil 2 orang tak kena bayar....

Dahlah tiket masuk agak mahal, Kat dalam pulak semuanya kena bayar. Nak naik train kena bayar, nak bergambar dengan ular kena bayar dan nak bagi binatang makan pun kena bayar... Kopak jugalah poket berjalan kat zoo ni.



Dengan makan dan minum kat dalam tu, habis juga dekat RM 200.00. Tak apalah, sekali sekala bawa anak berjalan tengok koleksi haiwan negara kita ini....

Agaknya berapa pulak harga tiket masuk 5 tahun akan datang......?

Sunday, March 8, 2009

Hasil nukilan yang menarik

Teringat aku ketika mula melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Selepas aku mendaftar diri di asrama, aku terus naik kebilik aku untuk mengemaskan pakaian. Apabila aku buka pintu almari, ternampak hasil nukilan dari pelajar terdahulu digores di pintu almari tersebut. Hasil nukilan tersebut berbunyi begini:


The more you study,
The more you know.
The more you know.
The more you forget.
The more you forget,
The less you know.
So, why study...?
The less you study,
The less you know.
The less you know,
The less you forget.
The less you forget,
The more you know.
So, Don't study...
Nasib baik aku tak ikut.... Kalau tak, tak tahu kat mana aku sekarang...

Wednesday, March 4, 2009

Mari bunuh nyamuk.....

Ngiiiiiiiiiingggg...... Pang..!!! Ah nyamuk ni.. Tension aku bila nyamuk membising di tepi telinga. Biasanya aku spray ubat nyamuk untuk bunuh nyamuk. Kadang kadang rasa nak spray satu badan, biar nyamuk mati bila nak gigit aku.. Sekarang ni, ada macam-macam jenis ubat nyamuk. Ada yang jenis spray, ada yang jenis keluar asap, ada yang jenis guna elektrik dan macm-macam lagilah..

Semalam aku dapat e-mail dari seorang rakan yang mengajar cara bunuh nyamuk tanpa menggunakan bahan-bahan yang beracun. Murah dan selamat katanya..

Caranya begini..
Letakkan air di dalam piring berwarna putih dan campurkan dengan beberapa titis cecair pencuci pinggan mangkuk jenama Kuat ( jenis lemon ). Kemudian letakkan piring tersebut kat beranda ke, kat porch kereta ke, kat dapur ke, kat dalam bilik ke dan kat mana-mana ajelah. Nyamuk akan tertarik pada piring tersebut dan meminum air bercampur pencuci tadi. Lepas tu nyamuk akan mati dalam sekitar 10 kaki dari piring tersebut...

Tak tahulah berkesan ke tidak, sebab aku belum cuba buat lagi... Tapi kalau ada sesiapa yang nak cuba, dialu-alukan. Lepas tu jangan lupa bagitahu aku semula samada berkesan ke tidak...

Tuesday, March 3, 2009

Marah....

Semua orang ada perasaan marah. Semua orang pernah naik marah. Ada orang bersifat pemarah. Ada orang marah tak tentu pasal. Ada orang marah tak kena tempat. Adakah marah ini mendatang kebaikan...? Apa yang kita dapat dari kemarahan....? Cuma... kadangkala kita merasa puas apabila dapat menzahirkan kemarahan... tak kurang juga ada yang menyeasal selepas menzahirkan kemarahan...

Aku pula selalu cepat naik marah bila mengajar anak... kena pulak anak tak faham-faham apa yang aku ajarkan.... entah kenapa cepat aje naik marah.... Lepas tu kesian pulak tengok dia orang tu...

Kata orang marah tu salah satu sifat syaitan.... Jadi janganlah marah-marah.... Senyum-senyumlah selalu.... Menyeringailah walaupun dalam hati penuh dengan kemarahan.....