Salam....

Blog ini dibina hanya untuk aku mengutarakan buah fikiran peribadi ku.....
Tiada kena mengena dengan sesiapa jua...
Jika ada yang tersinggung, harap dimaafkan...

Lagu untuk anda semua....

Wednesday, March 4, 2009

Mari bunuh nyamuk.....

Ngiiiiiiiiiingggg...... Pang..!!! Ah nyamuk ni.. Tension aku bila nyamuk membising di tepi telinga. Biasanya aku spray ubat nyamuk untuk bunuh nyamuk. Kadang kadang rasa nak spray satu badan, biar nyamuk mati bila nak gigit aku.. Sekarang ni, ada macam-macam jenis ubat nyamuk. Ada yang jenis spray, ada yang jenis keluar asap, ada yang jenis guna elektrik dan macm-macam lagilah..

Semalam aku dapat e-mail dari seorang rakan yang mengajar cara bunuh nyamuk tanpa menggunakan bahan-bahan yang beracun. Murah dan selamat katanya..

Caranya begini..
Letakkan air di dalam piring berwarna putih dan campurkan dengan beberapa titis cecair pencuci pinggan mangkuk jenama Kuat ( jenis lemon ). Kemudian letakkan piring tersebut kat beranda ke, kat porch kereta ke, kat dapur ke, kat dalam bilik ke dan kat mana-mana ajelah. Nyamuk akan tertarik pada piring tersebut dan meminum air bercampur pencuci tadi. Lepas tu nyamuk akan mati dalam sekitar 10 kaki dari piring tersebut...

Tak tahulah berkesan ke tidak, sebab aku belum cuba buat lagi... Tapi kalau ada sesiapa yang nak cuba, dialu-alukan. Lepas tu jangan lupa bagitahu aku semula samada berkesan ke tidak...

2 comments:

  1. Menarik tip tersebut. Boleh buat eksperimen. TQ.

    ReplyDelete
  2. Dr Sam...,
    Cubalah, mungkin berkesan...

    ReplyDelete